TradeMark ciri keBudayaan Bajau Semporna

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan Bulan Ibadah

Ramadhan 1431 datang lagi untuk menebarkan peluang mendapat limpahan keberkatan dalam hidup, langsung dari Tuhan sekalian alam - Allah S.W.T. Ramadhan disebut juga Bulan Berkat (Ramadhan Al-Mubarak) membawa makna setiap amalan wajib maupun sunat, yang dilakukan sepanjang bulan ini akan digandakan pahalanya oleh Allah berbanding amalan dalam bulan selain Ramadhan! Ini ditawarkan Allah S.W.T khusus kepada hambaNya yang bertaqwa. Untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa bukan lah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya menangkap ikan di lautan. Ia perlu lah melalui beberapa proses kualiti kerja (Q) serta standard disiplin kerja yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Antaranya ialah pematuhan dengan mengamalkan semua perintah wajib (Rukun Islam yang 5) secara konsisten (Istiqamah) serta meninggal semua dosa kecil apatah lagi dosa besar. Ini sekaligus sebagai indikator rasa syukur hamba kepada Tuhannya dengan segala nikmat yang telah dikurniakan, dulu, kini dan insyaAllah selamanya (hinga hari qiamat)...
Asas agama yang mudah ini perlu lah diterapkan dalam setiap sanubari insan yang meyakini akan wujudnya hari pembalasan (yaumil qiyaamah) sebagaimana disebut dalam akhir ayat ke-4 surah Al-Baqarah. Di sinilah bermulanya krisis keyakinan umat bilamana mereka gagal dalam memahami ayat ini membawa kepada keingkaran dalam pematuhan perintah wajib sebagaimana yang Allah S.W.T perintahkan! Mereka seolah mempertikaikan .."betul ka ada hari qiyamat tu??" Ini besar kemungkinan disebabkan Allah S.W T tidak memberikan serta merta 'hukuman' atas setiap keingkaran umat menunaikan perintah wajib! Juga mungkin disebabkan Allah tidak membenarkan mayat yang ditanam di kuburan boleh bangun semula untuk menceritakan apa yang mereka alami selama berada di alam barzah(kematian)... Di sinilah letaknya nilai 'ujian' sebagaimana yang Allah nyatakan dalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 2:..."Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:Kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Ujiannya ialah 'menangguhkan' hukuman bagi setiap kesalahan ingkar umat dalam pematuhan perintah wajib!
Untuk itu, rebutlah peluang barakah sepanjang Ramadhan tahun ini, kita belum pasti adakah berpeluang lagi untuk kita bertemu Ramadhan di tahun 1432??? Ayuh ! Jangan bertangguh!

No comments:

Post a Comment