TradeMark ciri keBudayaan Bajau Semporna

Wednesday, February 24, 2010

Program Unit Kebersihan..

Kebersihan persekitaran perkampungan pulau menjadi agenda utama kepada mercu tanda e-komuniti Kg Pulau Larapan. Agenda unit ini meletakkan sasaran 'sifar sampah' bila projek siap sepenuhnya nanti. Untuk itu, Ketua Unit Kebersihan mengambil beberapa langkah agresif dengan menggerakkan jentera kebersihan dengan kekerapan hampir setiap minggu. Kami maghinang kahapan ma lahad kami kahapan kandi. (..kami berazam menjadikan pulau kami bersih)

Monday, February 15, 2010

Kemudahan sokongan..


sedang dalam pembinaan sekarang ialah program penjanaan kuasa elektrik berasaskan sumber hidro-angin bagi kegunaan seharian penduduk Pulau Larapan. Teknologi ini digunapakai sesuai dengan persekitaran pulau yang sentiasa memiliki tiupan angin yang sesuai digunakan untuk tujuan pogram janaan kuasa hidro- satu-satunya teknologi terkini masa kini.


Buat masa ini, Kg Pulau Larapan telah mendapat kemudahan 'lampu jalan' sebanyak 3 buah di mana sumber tenaga lampu ini adalah dari kuasa hidro - angin dan solar menggunakan teknologi dari Korea. Kemudahan ini disumbangkan oleh Kerajaan Korea bagi program bantuan negara membangun di bawah PBB.

..bermula

Pembinaan bangunan pusat akses e-komuniti Pulau Larapan Semporna yang dikawal selia oleh Pasukan e-komuniti UNIMAS. Bangunan yang berasaskan kayu mengikut spesifikasi kesesuaian persekitaran pulau yang memungkinkan pindaan fizikal bangunan di masa hadapan mengikut keperluan semasa.













Sunday, February 14, 2010

Impak

Penduduk Pulau Larapan wajar bersyukur ke hadhrat Ilahi atas pemilihan pulau ini oleh UNIMAS untuk pembinaan projek e-komuniti sebagaimana pemilihan lokasi yang lain sebelum ini oleh UNIMAS. Peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk untuk menyediakan keperluan asas sebagai persediaan untuk menghadapi suasana yang lebih mencabar sebaik sahaja projek e-komuniti siap sepenuhnya nanti.

Larapan masa depan..


persekitaran kampung Pulau Larapan Semporna


Dr. Faisal dan Dr. Tan membuat kunjungan hormat ke SK Pulau Larapan ..
..bermula dengan cadangan projek e-larapan oleh pasukan penyelidik UNIMAS di ketuai oleh Dr. Faisal, hinggalah pengesahan projek diberikan kepada Pulau Larapan..maka hingga kini perlaksanaan projek sedang giat dijalankan